Kadar kebolehjangkitan 1.24

PUTRAJAYA 19 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.24 semalam berbanding 1.27 yang dilaporkan kelmarin.

Kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.86 berbanding 1.99 semalam diikuti Sarawak 1.52, Sabah 1.44, Perlis 1.39, dan Pulau Pinang 1.38.

Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan 1.36, Kedah 1.35, Kelantan 1.34, Pahang 1.31, Selangor 1.30, Johor 1.26, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.25.

Tiga negeri dengan kadar lebih rendah adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak merekodkan 1.22 manakala Melaka 1.19.

Related posts

Leave a Comment