754 kanak-kanak dijangkiti

KOTA KINABALU 25 Feb. – Sebanyak 754 daripada 4,256 kes yang direkodkan di Sabah hari ini melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun, kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 Masidi Manjun.

Daripada jumlah itu, 517 kes melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang belum menerima vaksin manakala 237 kes lagi kanak-kanak bawah lima tahun.

Katanya, setakat ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Sabah telah melaksanakan pemberian vaksin kepada 36,382 daripada 411,400 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Selain itu, Masidi memberitahu, peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi pada 65.48 peratus sekali gus penyumbang utama jangkitan baharu di 20 daerah di Sabah.

Katanya, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes empat angka dengan 1,241 kes manakala 11 daerah lagi mencatatkan kes tiga angka antaranya Papar (370 kes); Putatan (363 kes); Penampang (345 kes); Tuaran (308 kes); Kota Belud (186 kes); Tawau (165 kes) dan Sandakan (157 kes).

Justeru beliau mengingatkan rakyat agar mematuhi semua SOP sepanjang masa kletika berada di khalayak ramai khususnya ditempat-tempat awam yang sesak.

Related posts

Leave a Comment