Dua kematian di Brunei Darussalam

BERAKAS 25 Feb. – Dua kematian direkodkan hari ini ketika Brunei Darussalam merekodkan 3,461 kes jangkitan berbanding 3,721 kes semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 51,516.

Bagaimanapun hanya satu kematian dikaitkan dengan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 63 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kes disahkan Covid-19 sekarang berada dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi. 

Manakala empat kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan bantuan mesin pernafasan dan dirawat di Unit Rawatan Intensif, di mana dua daripadanya adalah kes baharu.

 Sebanyak 1,255 kes dilaporkan sembuh hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 24,848 manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 26,553 kes.

Manakala kadar penggunaan katil di kesemua Pusat Pengasingan atau ‘bed occupancy rate’ pada masa ini ialah sebanyak 7.7;peratus.

Related posts

Leave a Comment