Kes baharu Malaysia 32,070

PUTRAJAYA 25 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 sekali lagi melepasi paras tertinggi baharu semalam apabila sebanyak 32,070 dilaporkan, berbanding 31,199 yang direkodkan kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan tambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 3,337,227.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) turut melaporkan 23,332 kes sembuh semalam, yang menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang sudah pulih kini mencecah 3,018,172 kes atau 90.4 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan wabak itu.

Daripada bilangan kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 31,861 adalah kes tempatan iaitu 30,956 warganegara (97.2 peratus) dan 905 bukan warganegara (2.8 peratus) manakala 209 kes import membabitkan 170 rakyat Malaysia dan 39 warga asing.

Sebanyak 327 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 201 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada 32,070 kes harian yang dilaporkan pada 24 Februari, sebanyak 180 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 31,890 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Mereka terdiri daripada 8,216 kes (25.62 peratus Kategori 1; 23,674 kes (73.82 peratus) dalam Kategori 2; 95 kes (0.30 peratus) dalam Kategori 3; 46 kes (0.14 peratus ) dalam Kategori 4 dan Kategori 5 mencatatkan 39 kes (0.12 peratus).

Related posts

Leave a Comment