15,283 kes baharu Singapura

SINGAPURA 20 Feb. – : Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan empat kematian dan 15,283 kes baharu  Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 945 kematian dan 582,638 kes. Jumlah kes baharu terdiri daripada 15,071 jangkitan tempatan dan 212 kes import. Sebanyak 12,169 adalah kes Protokol 2 yang terdiri daripada 56 kes import dan 12,113 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 3,114 lagi disahkan menerusi ujian PCR di…

Read More

Korea Selatan catat 104,829 kes

SEOUL 20 Feb. – Buat hari ketiga berturut-turut, kes harian Covid-19 di Korea Selatan menjangkaui 100,000 dengan merekodkan 104,829 kes akibat penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.  Jumlah itu, termasuk 104,732 jangkitan tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 1,962,838. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), angka kematian akibat Covid-19 pula sebanyak 7,405, naik 51 berbanding semalam dengan kadar kematian 0.38 peratus. Seramai 439 pesakit Covid-19 kini sakit tenat, naik 31 berbanding semalam.  Seoul melaporkan 22,100 kes baharu manakala wilayah Gyeonggi dan Incheon masing-masing melaporkan 31,326…

Read More

Kes harian Arab Saudi lepasi 1,000

RIYADH 20 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kembali melepasi angka 1,000 selepas merekodkan 1,013 kes baharu berbanding 997 kes yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam juga, dua kematian direkodkan berbanding satu kes semalam. Untuk rekod, Arab Saudi merekodkan 1,793 kes pada 16 Februari lalu diikuti 1,569 dan 1,376 pada 18 Februari. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 739,344 dengan 8,984 kematian. Sebanyak 2,136 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 711,556…

Read More

Brunei Darussalam catat 2,466 kes

BERAKAS 20 Feb. – Brunei Darussalam mengesahkan tiga kes Covid-19 berada di dalam Kategori 4, dan tiga lagi kes dalam Kategori 5 ketika negara itu merekodkan 2,466 kes baharu hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 34,979. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 61 orang. Sebanyak 362 kes dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,404 kes dengan 15,466 kes aktif. Kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara pada masa ini ialah…

Read More

1,712 kes baharu Filipina

MANILA 20 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,712 kes baharu Covid-19, turun berbanding 1,923 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,652,203 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 77 kematian berbanding 198 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,684 orang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19. DoH juga merekodkan 3,686 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 3,535,987 manakala kes aktif pula sebanyak 60,532 Sementara itu daripada 1,712 kes yang dilaporkan hari ini, 1,611 (94%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir…

Read More

Thailand kekal 18,000 kes sehari

BANGKOK 20 Feb. – Thailand merekodkan 18,953 kes jangkitan Covid-19 dengan 30 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam berbanding 18,885 kes dan 29 kematian yang direkodkan semalam. Ini adalah hari ketiga berturut-turut Thailand merekodkan lebih 18,000 kes sehari. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah itu, 18,770 adalah kes tempatan manakala 183 kes import. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) merekodkan Bangkok mendahului kes harian dengan 2,690 kes diikuti Samut Prakan 975, Chon Buri 828, Nakhon Si Thammarat 810, Nonthaburi 762 dan Phuket 549. Pelawat dari Rusia dan Myanmar adalah antara…

Read More

PKR selesai senarai 20 calon

JOHOR BAHRU 20 Feb. –  Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengumumkan senarai 20 calon untuk 20 daripada 56 kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan pada 12 Mac depan. Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan tujuh calon terakhir parti itu pada satu majlis di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru, Pasir Gudang. Mereka adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang Khairuddin A Rahim, yang dicalonkan bertanding di kerusi DUN Rengit. Turut diumum sebagai calon ialah Naib Ketua Wanita PKR Johor Haryati Abu Nasir, yang akan…

Read More

Risiko kanak-kanak dijangkiti Covid-19

PUTRAJAYA 20 Feb. – Kanak-kanak bawah 18 tahun yang dijangkiti Covid-19 boleh mengalami Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) iaitu keadaan kritikal yang boleh berlaku apabila terjadinya keradangan organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru dan otak. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak Jun 2020 hingga Disember 2021, sebanyak 174 kes kanak-kanak bawah 18 tahun telah mengalami MIS-C akibat jangkitan Covid-19 dengan mereka yang berusia bawah setahun melibatkan 24 kes, 1 hingga bawah 5 tahun (38 kes), 5 hingga bawah 9 tahun (64 kes), 9 hingga bawah 12…

Read More

Malaysia rekod 28,825 kes harian

PUTRAJAYA 20 Feb. – Kes positif Covid-19 di negara ini sekali lagi menunjukkan angka tertinggi apabila merekodkan 28,825 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,194,848. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan media, berkata daripada jumlah itu 28,734 kes adalah penularan tempatan membabitkan 28,071 warganegara dan 663 bukan warganegara. Beliau berkata, sebanyak 91 kes import terdiri 47 rakyat negara ini, manakala 44 lagi warga asing. Katanya, sejumlah besar kes yang dilaporkan semalam adalah dalam kategori satu dan dua iaitu sebanyak 28,730, manakala 95 kes pula…

Read More

15 prokok abai larangan dikompaun

PUTRAJAYA 20 Feb. – Sebanyak 15 perokok diberi notis kesalahan dengan nilai kompaun RM3,750 selepas mereka dikenal pasti merokok di premis makanan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Putrajaya, di sini, malam tadi. Mereka diberi notis kesalahan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Operasi yang bermula pukul 8 malam itu membabitkan Kementerian Kesihatan bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya serta Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Norhayati Rusli berkata sebanyak 25 premis makanan di sekitar Bazaar 8, Ayer@8, Presint…

Read More