15 prokok abai larangan dikompaun

PUTRAJAYA 20 Feb. – Sebanyak 15 perokok diberi notis kesalahan dengan nilai kompaun RM3,750 selepas mereka dikenal pasti merokok di premis makanan dalam Operasi Bersepadu di sekitar Putrajaya, di sini, malam tadi.

Mereka diberi notis kesalahan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Operasi yang bermula pukul 8 malam itu membabitkan Kementerian Kesihatan bersama Pejabat Kesihatan Putrajaya serta Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya.

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr Norhayati Rusli berkata sebanyak 25 premis makanan di sekitar Bazaar 8, Ayer@8, Presint 8, Presint 9 dan Presint Diplomatik diperiksa sepanjang operasi terbabit.

Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan kepada pemilik premis mengikut Peraturan 12 PPKHT 2004.

“Kita lihat semua premis diperiksa mempamerkan tanda larangan merokok,” katanya pada sidang media selepas operasi itu.

Dr Norhayati berkata, anggota penguat kuasa juga memberikan nasihat dan mengedarkan risalah berkaitan kesalahan merokok kepada 205 orang awam.

Pemilik premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan individu yang didapati merokok di kawasan larangan, termasuk semua tempat makan boleh dikenakan kompaun RM250.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan sebarang aduan berkaitan merokok di tempat awam boleh disalurkan melalui aplikasi WhatsApp di talian 010-8608949.

Related posts

Leave a Comment