15,283 kes baharu Singapura

SINGAPURA 20 Feb. – : Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan empat kematian dan 15,283 kes baharu  Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 945 kematian dan 582,638 kes.

Jumlah kes baharu terdiri daripada 15,071 jangkitan tempatan dan 212 kes import.

Sebanyak 12,169 adalah kes Protokol 2 yang terdiri daripada 56 kes import dan 12,113 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 3,114 lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,958 adalah jangkitan tempatan manakala 156 adalah kes import.

Seramai 1,523 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 1,491 semalam di mana 195 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 39 dipantau rapi di ICU.

Sementara itu seramai 17,073 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Jumaat, 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment