Kes harian Arab Saudi lepasi 1,000

RIYADH 20 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi kembali melepasi angka 1,000 selepas merekodkan 1,013 kes baharu berbanding 997 kes yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam juga, dua kematian direkodkan berbanding satu kes semalam.

Untuk rekod, Arab Saudi merekodkan 1,793 kes pada 16 Februari lalu diikuti 1,569 dan 1,376 pada 18 Februari.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 739,344 dengan 8,984 kematian.

Sebanyak 2,136 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 711,556 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 832 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment