Brunei Darussalam catat 2,466 kes

BERAKAS 20 Feb. – Brunei Darussalam mengesahkan tiga kes Covid-19 berada di dalam Kategori 4, dan tiga lagi kes dalam Kategori 5 ketika negara itu merekodkan 2,466 kes baharu hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 34,979.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 61 orang.

Sebanyak 362 kes dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,404 kes dengan 15,466 kes aktif.

Kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara pada masa ini ialah sebanyak 8.1 peratus

Related posts

Leave a Comment