Korea Selatan catat 104,829 kes

SEOUL 20 Feb. – Buat hari ketiga berturut-turut, kes harian Covid-19 di Korea Selatan menjangkaui 100,000 dengan merekodkan 104,829 kes akibat penularan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit. 

Jumlah itu, termasuk 104,732 jangkitan tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 1,962,838.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), angka kematian akibat Covid-19 pula sebanyak 7,405, naik 51 berbanding semalam dengan kadar kematian 0.38 peratus.

Seramai 439 pesakit Covid-19 kini sakit tenat, naik 31 berbanding semalam. 

Seoul melaporkan 22,100 kes baharu manakala wilayah Gyeonggi dan Incheon masing-masing melaporkan 31,326 dan 9,188 kes. 

Jumlah kes import naik sebanyak 97 kepada 28,100 kes. 

Setakat Ahad, 59.4 peratus penduduk sudah menerima suntikan dos penggalak, manakala 86.3 peratus sudah lengkap divaksin.

Related posts

Leave a Comment