1,712 kes baharu Filipina

MANILA 20 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,712 kes baharu Covid-19, turun berbanding 1,923 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,652,203 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 77 kematian berbanding 198 semalam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,684 orang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

DoH juga merekodkan 3,686 pesakit sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 3,535,987 manakala kes aktif pula sebanyak 60,532

Sementara itu daripada 1,712 kes yang dilaporkan hari ini, 1,611 (94%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (7 Februari – 20 Februari 2022).

Mengenai 77 kematian, 51 berlaku pada Februari 2022 (66%), 20 pada Januari 2022 (26%), 3 pada Oktober 2021 (4%), dan 3 pada September 2021 (4%).

Related posts

Leave a Comment