Singapura catat 18,545 kes

SINGAPURA 17 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan empat kematian dan 18,545 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 533,425 kes dan 930 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,319 adalah jangkitan tempatan dan 226 kes import. Sebanyak 15,225 kes Protokol 2, terdiri daripada 63 kes import dan 15,162 jangkitan tempatan (Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah). Sebanyak 3,320 kes disahkan menerusi ujian PCR yang meliputi 3,157…

Read More

Indonesia 5 juta kes, 4 juta sembuh

JAKARTA 17 Feb. – Sebanyak 39,072 pesakit dilaporkan sembuh tetapi pada masa yang sama jumlah kes positif harian mencecah 63,956  kes menjadikan jumlah keseluruhan 5,030,002. Jumlah kematian pula meningkat kepada 145,828 orang selepas 206 lagi individu dilaporkan meninggal dunia hari ini. Menurut data yang dikeluarkan, kes harian itu melibatkan 63,133 kes tempatan dan 823 adalah kes import atau Pelaku Perjalanan Luar Negeri (PPLN) manakala kes aktif meningkat kepada 469,868 iaitu pertambahan 24,678 kes. Kes sembuh yang direkodkan adalah terdiri daripada 38,039 kes tempatan dan 1,033 PPLN yang menjadikan jumlah keseluruhan…

Read More

‘10 pagi esok, bukan lagi 3 petang’

PUTRAJAYA 17 Feb. – Nombor masih ada cuma tunggu 10 pagi keesokannya bagi ‘mengurangkan kegerunan’. Begitu penjelasan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berhubung laporan statistik kes harian Covid-19. Mulai esok, pelaporan statistik kes harian Covid-19 tidak akan dikeluarkan lagi oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebaliknya maklumat itu akan dimuat naik bersekali data lain pada pukul 10 pagi keesokannya. “Ini bertujuan kita dapat membaca data kes harian bersama data lain seperti kemasukan ke hospital untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ (kegerunan) kes harian setiap hari. “Ini adalah perubahan budaya bagi kita, jangan tunggu jam…

Read More

Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 17 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,569 kes baharu hari ini berbanding 1,793 yang dilaporkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam yang merekodkan dua kematian. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 735,958 kes manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 8,978 orang. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,847 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 704,896. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak…

Read More

Lonjakan kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 17 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini terus melonjak kepada 2,015 kes berbanding 925 yang direkodkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kesemua kes tempatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 27,599. Turut dilaporkan lima kematian, bagaimanapun dua daripadanya tidak dikategorikan akibat koronavirus, dan dua lagi dalam siasatan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 60 orang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19. Sebanyak 550 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,520 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 8,972.. Dalam kalangan kes-kes yang…

Read More

8,940 pekerja KKM dijangkiti

PUTRAJAYA 17 Feb. – Setakat semalam, seramai 8,940 pekerja penjagaan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dijangkiti Covid-19 tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata bilangan itu meningkat mendadak daripada 284 kes pada minggu pertama kepada 3,343 kes pada minggu keenam. Katanya, berikutan itu sehingga semalam, sejumlah 5,711 pekerja kesihatan didapati tidak dapat hadir bekerja kerana positif Covid-19, manakala 3,119 lagi tidak hadir bekerja berikutan kontak rapat. Secara keseluruhannya, kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja di KKM tidak dapat hadir bekerja. “Walaupun bilangan pekerja kesihatan dijangkiti…

Read More

Akta baharu larang merokok

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kerajaan akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan produk merokok termasuk rokok elektronik (vape) terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 atau dikenali sebagai Generational End Game. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, akta baharu tersebut akan dapat mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau Ini kerana pengambilannya adalah faktor utama kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser dengan kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok dianggarkan RM132.7 juta. “Bermakna jika anda berumur 17 tahun dan Parlimen…

Read More

21 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 21 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,180 orang, daripada 3.06 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 21 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada di antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 202,884 kes…

Read More

Laos vaksin kanak-kanak Mac

VIENTIANE: Kerajaan Laos akan mula melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun mulai Mac ini dalam usaha menjamin keselamatan pelajar selaras dengan pembukaan semula sesi persekolahan. Menurut media tempatan, Timbalan Pengurus Program Imunisasi Kebangsaan, Chansai Pathammavong berkata, sejumlah 957,000 kanak-kanak akan menerima vaksin, dengan harapan dapat menggalakkan ahli keluarga lain berbuat demikian. Pemberian vaksin berkenaan akan bermula di Vientiane, tetapi wilayah lain yang sudah bersedia melancarkan program itu boleh meneruskan imunisasi. Hanya yang mendapat kebenaran ibu bapa dan penjaga akan diberi suntikan. Kementerian Kesihatan akan merangka pelan…

Read More