21 lagi kematian Covid-19

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan 21 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32,180 orang, daripada 3.06 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 21 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada di antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 202,884 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 190,268 individu atau 93.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 5,505 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di mana 6,907 dirawat di hospital dan 88 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 88 memerlukan bantuan pernafasan dan 116 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment