58 maut, lebih 200 cedera

SANAA – Serangan dilancarkan kumpulan Houthi terhadap kem latihan pasukan keselamatan kerajaan di wilayah Shabwa, Yaman, pada Isnin membunuh sekurang-kurangnya 58 orang manakala lebih 200 lagi cedera.

Gabenor Awad al-Wazir berkata, 14 lagi individu masih hilang selepas kem Al-Alam dibedil Houthi susulan serangan oleh kumpulan yang bersekutu dengan Iran itu dilancarkan ketika pertempuran semakin memuncak .

Shabwa, wilayah yang kaya dengan sumber tenaga di kawasan pesisir selatan-tengah Yaman menghadap Teluk Aden, menempatkan kemudahan gas asli cecair (LNG) Balhaf, pelaburan perindustrian terbesar di negara itu.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, berkata menerusi platform X bahawa kumpulan itu memang menyasarkan kem latihan berkenaan.

Beliau mendakwa, ia dikendalikan oleh pasukan Arab Saudi.

Pasukan kerajaan pada bulan ini memulakan kempen untuk merampas semula kawasan yang dikuasai Houthi, sekali gus mendapatkan kembali wilayah berhampiran selat berkenaan.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin memaklumkan bahawa keadaan berbahaya telah berlalu di ibu negara Riyadh dan Wilayah Al-Kharj susulan amaran awal yang dikeluarkan bagi kedua-dua kawasan itu.

Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk mematuhi arahan rasmi serta ‘mengelakkan daripada berkumpul.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment