Lonjakan kes harian Brunei Darussalam

BERAKAS 17 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini terus melonjak kepada 2,015 kes berbanding 925 yang direkodkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kesemua kes tempatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 27,599.

Turut dilaporkan lima kematian, bagaimanapun dua daripadanya tidak dikategorikan akibat koronavirus, dan dua lagi dalam siasatan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 60 orang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19.

Sebanyak 550 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,520 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 8,972..

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiga kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala lima kes dalam Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 13.3 peratus

Related posts

Leave a Comment