Indonesia 5 juta kes, 4 juta sembuh

JAKARTA 17 Feb. – Sebanyak 39,072 pesakit dilaporkan sembuh tetapi pada masa yang sama jumlah kes positif harian mencecah 63,956  kes menjadikan jumlah keseluruhan 5,030,002.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 145,828 orang selepas 206 lagi individu dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Menurut data yang dikeluarkan, kes harian itu melibatkan 63,133 kes tempatan dan 823 adalah kes import atau Pelaku Perjalanan Luar Negeri (PPLN) manakala kes aktif meningkat kepada 469,868 iaitu pertambahan 24,678 kes.

Kes sembuh yang direkodkan adalah terdiri daripada 38,039 kes tempatan dan 1,033 PPLN yang menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan meningkat kepada 4,414,306 orang atau 87.8 peratus.

Terdapat lima  provinsi dengan angka kes harian tertinggi  iaitu Jawa Barat menambahkan 16,251 kes, diikuti Jawa Timur 8,977, DKI Jakarta 8,536, Banten 6,426, dan Jawa Tengah 4,672 kes.

Lima provinsi yang merekodkan kesembuhan harian tertinggi adakah DKI Jakarta yang merekodkan 18,961 kes, diikuti Jawa Timur 5,987,  Banten 4,310, Jawa Barat 3,130 dan Bali 2,111 orang.

Sementara lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian diantaranya, DKI Jakarta 64 kes, diikuti Jawa Tengah 32, Jawa Timur 26, Bali 18 dan Jawa Barat 13 dengan jumlah keseluruhan 4,242.

Sementara itu bagi program vaksinasi, penerima vaksin dos pertama kini 233,936 orang, diikuti penerima vaksinasi ke-2 bertambah 795.584 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat melebihi 138 juta orang atau angka tepatnya 138.280.959 orang.

Penerima vaksinasi ke-3 bertambah 225.341 dengan kumulatifnya melebihi 7 juta orang atau 7,730,486 orang.

Related posts

Leave a Comment