Indonesia siasat penglibatan pihak asing

JAKARTA – Polis Indonesia mengesahkan daripada 98 kes korporat berkaitan kebakaran hutan dan tanah yang kini dalam siasatan, terdapat pembabitan pihak asing, termasuk dari negara jiran.

Ketua Polis Negara Jeneral Suyudi Ario Seto berkata Badan Penyiasatan Jenayah (Bareskrim) sedang berusaha mengenal pasti bentuk pembabitan itu serta pihak yang bertanggungjawab.

“Kita masih menentukan kes yang babitkan pelaburan asing atau pihak asing dan yang tidak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Terhad bersama Presiden Prabowo Subianto semalam.

Suyudi berkata penyiasat sedang mengumpul bukti dan dijangka menamakan suspek tidak lama lagi, termasuk pemilik syarikat dan pemegang saham yang boleh dipertanggungjawabkan atas kebakaran itu.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman menggesa supaya operasi pemadaman dipertingkat tanpa menunggu hujan, dengan menekankan keperluan untuk tindakan segera dan berterusan.

“Presiden mengarahkan penggerakan pasukan dan anggota, termasuk tentera Indonesia, polis, Jabatan Perhutanan dan orang awam dipertingkat. Ini mesti dilaksanakan secara besar-besaran, terukur dan tanpa bertangguh kerana situasi ini telah menjadi sangat mengganggu,” katanya.

Indonesia juga telah memberi maklum balas terhadap tawaran bantuan luar, termasuk daripada Malaysia dan Singapura, dengan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyelaras pengaturan teknikal bagi cadangan sokongan berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment