Singapura catat 18,545 kes

SINGAPURA 17 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) merekodkan empat kematian dan 18,545 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 533,425 kes dan 930 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,319 adalah jangkitan tempatan dan 226 kes import.

Sebanyak 15,225 kes Protokol 2, terdiri daripada 63 kes import dan 15,162 jangkitan tempatan (Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah).

Sebanyak 3,320 kes disahkan menerusi ujian PCR yang meliputi 3,157 adalah jangkitan tempatan manakala 163 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.28, turun sedikit daripada 1.29 pada 16 Februari.

Sementara itu, 9,425 pesakit dibenarkan keluar hospital manakala 1,472 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 1,352 semalam, 163 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 32 dipantau rapi di ICU.

Setakat semalam, 16 Februari sebanyak 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka.

Related posts

Leave a Comment