Kes harian Arab Saudi turun

RIYADH 17 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,569 kes baharu hari ini berbanding 1,793 yang dilaporkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, seorang lagi dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 berbanding semalam yang merekodkan dua kematian.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 735,958 kes manakala jumlah kematian pula meningkat kepada 8,978 orang.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,847 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 704,896.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 962 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment