Kes di Saudi meningkat semula

RIYADH 13 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi meningkat semula hari ini dengan 2,136 kes berbanding 1,726 semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 728,387 dengan jumlah kematian pula 8,973 orang. Sebanyak 3,482 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 692,001 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,014 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Read More

9,420 kes baharu Singapura

SINGAPURA 13 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan empat kematian dan 9,420 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 469,495 kes dan 897 kematian. Kes baharu yang direkodkan hari ini terdiri daripada 9,195 jangkitan tempatan dan 225 kes import, kurang sedikit berbanding 10,505 yang direkodkan semalam. Menurut MoH, terdapat 7,071 kes baharu Protokol 2 terdiri daripada 29 kes import dan 7,042 jangkitan tempatan. (Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan…

Read More

Malaysia catat 21,072 kes baharu

PUTRAJAYA 13 Feb. – Sebanyak 21,072 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan sehingga kini sejumlah 3,040,235 individu dijangkiti virus berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata , daripada jumlah kes yang dikesan itu, sebanyak 71.14 peratus atau 14,991 kes adalah pesakit Covid-19 dalam Kategori Dua iaitu bergejala ringan. Selain itu 28.45 peratus bersamaan 5,995 kes pula berada dalam Kategori Satu atau tidak bergejala. “Sebanyak 58 kes iaitu 0.28 peratus pula berada dalam kategori tiga, kategori empat (20 kes) serta kategori lima (lapan kes),”…

Read More

963 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun sedikit berbanding semalam apabila merekodkan 963 kes baharu berbanding 1,125 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes baharu itu meliputi 919 kes tempatan dan 17 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22,515 kes. Sebanyak 345 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,236 manakala jumlah kes aktif sebanyak 17,236 termasuk 936 kes aktif baharu. Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, dua kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan…

Read More

Kes baharu turun di Filipina

MANILA 13 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,050 kes baharu Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 3,792 yang direkodkan semalam. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 3,500,956 kes termasuk 5,811 yang direkodkan hari ini. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 54,930 orang. Bagaimanapun DoH menjelaskan, kematian sifar hari ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal dalam mengekstrak data daripada COVIDKaya. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.2 peratus atau 81,394 adalah kes aktif.

Read More

Wajah baharu lokasi bersejarah

SAQIWA BANI SAEDAH BARU-BARU ini terbaca laporan Haramain Sharifain mengenai suasana baharu Saqifa Bani Saedah, Madinah. Kebun itu kini dikelilingin dataran. Berkesempatan berada di situ pada tahun 2017 dan pada Disember 2019, semasa berada di sana, kawasan itu sedang dibangunkan dan ditutup. Kini pembangunan sekitar telah siap dan kawasan hijau yang terletak berhampiran Masjid Nabawi melalui Gate 15 itu masih kekal. Berhampiran dengan Hotel Movenpick. Saqifa Bani Saedah ini adalah kebun buah-buahan dan di situlah lokasi para sahabat mengadakan mesyuarat untuk melantik Abu Bakar Al-Siddiq sebagai khalifah pertama selepas Rasulullah…

Read More

15,882 kes, 24 kematian di Thailand

BANGKOK 12 Feb. – Selepas merekodkan 16,330 kes jangkitan Covid-19 dengan 25 kematian semalam, Thailand hari ini mencatatkan penurunan dengan 15,882 kes baharu serta 24 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,682 adalah kes tempatan dan 200 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,593,327 dan 22,436 orang meninggal dunia. Semalam, Sabtu, sebanyak 9,482 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,446,022 orang pulih Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 2,920 kes diikuti Samut Prakan 948, Nonthaburi 826, Chon Buri 714 dan Phuket 462.…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.49

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara adalah 1.49 berbanding 1.51 pada hari sebelumnya. Tiga negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi iaitu 2.14 berbanding 2.31 pada hari sebelumnya. Ini diikuti Sarawak dengan 1.67 berbanding 1.82 pada hari sebelumnya dan Sabah 1.66 berbanding 1.65 sebelumnya. Negeri yang merekodkan kadar di bawah 1.49 adalah Perlis dengan 1.47, Pulau Pinang 1.46, Johor 1.40, Pahang 1.38, Kelantan 1.37, Selangor 1.37, Kedah 1.35,…

Read More

37,359 lagi kanak-kanak disuntik

PUTRAJAYA 13 Feb. – Sebanyak 13,174,229 atau 56.0 peratus daripada populasi dewasa telah mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 termasuk 103,222 dos yang diberikan semalam. Dalam masa yang sama sebanyak 22,936,160 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi manakala 98.7 peratus atau 23,212,186 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, 89.8 peratus atau 2,795,278 daripada populasi remaja telah melengkapkan vaksinasi manakala 92.3 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi  kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun, sebanyak 37,359 lagi mendapat suntikan itu menjadikan 3.8 peratus atau 135,478 telah…

Read More