963 kes baharu Brunei Darussalam

BERAKAS 13 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam turun sedikit berbanding semalam apabila merekodkan 963 kes baharu berbanding 1,125 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes baharu itu meliputi 919 kes tempatan dan 17 kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 22,515 kes.

Sebanyak 345 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 17,236 manakala jumlah kes aktif sebanyak 17,236 termasuk 936 kes aktif baharu.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, dua kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala tidak ada kes dalam Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 22.7  peratus.

Related posts

Leave a Comment