Malaysia catat 21,072 kes baharu

PUTRAJAYA 13 Feb. – Sebanyak 21,072 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan sehingga kini sejumlah 3,040,235 individu dijangkiti virus berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata , daripada jumlah kes yang dikesan itu, sebanyak 71.14 peratus atau 14,991 kes adalah pesakit Covid-19 dalam Kategori Dua iaitu bergejala ringan.

Selain itu 28.45 peratus bersamaan 5,995 kes pula berada dalam Kategori Satu atau tidak bergejala.

“Sebanyak 58 kes iaitu 0.28 peratus pula berada dalam kategori tiga, kategori empat (20 kes) serta kategori lima (lapan kes),” katanya hari ini.

Related posts

Leave a Comment