Kadar kebolehjangkitan 1.49

PUTRAJAYA 13 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara adalah 1.49 berbanding 1.51 pada hari sebelumnya.

Tiga negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan itu dengan Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi iaitu 2.14 berbanding 2.31 pada hari sebelumnya.

Ini diikuti Sarawak dengan 1.67 berbanding 1.82 pada hari sebelumnya dan Sabah 1.66 berbanding 1.65 sebelumnya.

Negeri yang merekodkan kadar di bawah 1.49 adalah Perlis dengan 1.47, Pulau Pinang 1.46, Johor 1.40, Pahang 1.38, Kelantan 1.37, Selangor 1.37, Kedah 1.35, Terengganu 1.35, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.34 dan Negeri Sembilan 1.31.

Melaka pula dengan kadar 1.28, Perak 1.27 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1.22.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment