15,882 kes, 24 kematian di Thailand

BANGKOK 12 Feb. – Selepas merekodkan 16,330 kes jangkitan Covid-19 dengan 25 kematian semalam, Thailand hari ini mencatatkan penurunan dengan 15,882 kes baharu serta 24 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,682 adalah kes tempatan dan 200 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,593,327 dan 22,436 orang meninggal dunia.

Semalam, Sabtu, sebanyak 9,482 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,446,022 orang pulih

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan 2,920 kes diikuti Samut Prakan 948, Nonthaburi 826, Chon Buri 714 dan Phuket 462.

Manakala 200 kes import pula melibatkan ketibaan dari Rusia, Jerman, israel, Myanmar dan Perancis.

Sebanyak 124,869 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 641 kes yang dilaporkan kritikal dan 126 bergantung kepada ventilator.

Related posts

Leave a Comment