37,359 lagi kanak-kanak disuntik

PUTRAJAYA 13 Feb. – Sebanyak 13,174,229 atau 56.0 peratus daripada populasi dewasa telah mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 termasuk 103,222 dos yang diberikan semalam.

Dalam masa yang sama sebanyak 22,936,160 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi manakala 98.7 peratus atau 23,212,186 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, 89.8 peratus atau 2,795,278 daripada populasi remaja telah melengkapkan vaksinasi manakala 92.3 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi  kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun, sebanyak 37,359 lagi mendapat suntikan itu menjadikan 3.8 peratus atau 135,478 telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sementara itu, bagi populasi keseluruhan, sebanyak 78.8 peratus atau 25,731,438 telah melengkapkan vaksinasi manakala 80.3 peratus atau 26,221,434 telah mendapat sekurang- kurangnya satu dos.

Semalam 142,800 dos diberikan yang meliputi 38,851 dos pertama, 727 dos lengkap dan 103,222 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan 64,921,735 dos diberikan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Related posts

Leave a Comment