Kes di Saudi meningkat semula

RIYADH 13 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi meningkat semula hari ini dengan 2,136 kes berbanding 1,726 semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 728,387 dengan jumlah kematian pula 8,973 orang.

Sebanyak 3,482 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 692,001 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,014 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment