Kes baharu turun di Filipina

MANILA 13 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,050 kes baharu Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 3,792 yang direkodkan semalam.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 3,500,956 kes termasuk 5,811 yang direkodkan hari ini.

Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 54,930 orang.

Bagaimanapun DoH menjelaskan, kematian sifar hari ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal dalam mengekstrak data daripada COVIDKaya.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.2 peratus atau 81,394 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment