Peningkatan kes harian di Thailand

BANGKOK 12 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila 16,330 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 15,242 semalam dan 14,822 pada 10 Februari lalu. Sebanyak 25 kematian dilaporkan, 13 lelaki 12 wanita yang juga memperlihatkan peningkatan kes berbanding 23 yang meninggal dunia semalam. Semua yang meninggal adalah warga tempatan, berumur 40 hingga 100 tahun. Menurut rekod, jumlah kes harian hari ini adalah tertinggi sejak 29 Ogos 2021 dan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,577,445 dan 22,412 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 16,049 melibatkan penduduk awam,…

Read More

Singapura catat 10,505 kes baharu

SINGAPURA 12 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,505 kes baharu Covid-19 yang meliputi 10,325 jangkitan tempatan dan 180 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 460,075 kes. Lapan lagi individu dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 893 kematian. Menurut MoH, 7,818 adalah kes baharu Protokol 2, terdiri daripada 42 kes import dan  7,776 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,687 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,549 adalah jangkitan tempatan…

Read More

Trend penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 12 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 1,726 kes hari ini berbanding 2,523 semalam dan 2,866 pada 10 Februari lalu. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 berbanding empat kematian semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 726,251 dengan jumlah kematian 8,971 orang. Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,983 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 688,519 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,020 dilaporkan dalam keadaan kritikal. Setakat…

Read More

Brunei capai lebih 1,000 kes harian

BERAKAS 12 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah kes mencapai angka tertinggi hari ini iaitu  1,125 berbanding 981 yang direkodkan semalam. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar pada sidang media perkembangan Covid-19 berkata, dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes yang dikesan di negara ini  meningkat kepada 21,579. Kesemua kes baharu tempatan itu adalah hasil daripada 6,127 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu.  Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tiga kes dalam Kategori 4,…

Read More

Masuk Perancis perlu bukti vaksinasi

PERANCIS menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin dengan menunjukkan bukti vaksinasi seperti yang dilaksanakan sebelum penularan varian Omicron. Menurut laporan berita, satu kenyataan kerajaan menyebut, bagi pengembara yang tidak divaksin, keperluan mengemukakan ujian negatif untuk perjalanan ke Perancis masih kekal. Bagaimanapun langkah-langkah semasa ketibaan, termasuk ujian dan kuarantin, ditamatkan untuk penumpang dari negara dalam senarai “hijau”, iaitu negara dengan penularan sederhana virus. Sementara bagi pengembara tidak divaksin yang datang dari negara dalam senarai “oren”, mereka perlu mengemukakan alasan yang kukuh keperluan untuk datang ke Perancis dan masih…

Read More

3,792 kes baharu Filipina

MANILA 12 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan sedikit peningkatan kes dengan merekodkan 3,792 kes baharu berbanding 3,788 yang dilaporkan semalam. Menurut DoH, dalam tempoh yang sama, jumlah kematian harian meningkat sedikit dari 72 semalam kepada 76 kes hari ini. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,634,368 dengan jumlah kematian 54,930 orang. Menurut DoH, terdapat 10,662 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,495,209 orang pulih daripada jangkitan itu. Daripada jumlah kes yang dicatatkan setakat ini, sebanyak 2.3 peratus…

Read More

Malaysia catat kes ke 3 juta

PUTRAJAYA 12 Feb. – Pertambahan kes baharu hari ini, 22,802 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan negara mencecah tiga juta atau lebih tepat 3,019,163 kes. Angka itu menunjukkan peningkatan harian lebih 2,000 kes berbanding 20,939 yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah yang direkodkan itu, sebanyak 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua. Mengikut pecahan, sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus) adalah dalam kategori satu dengan 17,668 kes (77.49 peratus) dalam kategori dua selain 82 kes dalam kategori tiga, kategori empat (14 kes) dan kategori lima (lapan kes). Menurut…

Read More

AS tangguh suntik usia bawah 4 tahun

AMERIKA Syarikat menangguhkan keputusan pemberian vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan. Penangguhan itu berikutan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) masih memerlukan lebih banyak data sebelum bergerak ke hadapan. Menurut FDA, ibu bapa kepada kira-kira 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur itu harus diyakinkan bahawa agensi itu melakukan yang terbaik untuk memastikan standard yang telah ditetapkan untuk kebenaran. Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, Dr Peter Marks berkata, jika sesuatu tidak memenuhi piawaian itu, pihaknya tidak boleh meneruskan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 1.51

PUTRAJAYA 12 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara kekal pada angka  1.51 sama seperti semalam. Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi mengatasi kadar kebangsaan dengan 2.31 berbanding 2.17 semalam diikuti Sarawak dengan 1.82, Sabah 1.65 dan Perlis menyamai kadar 1.51. Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 1.51 didahului Pulau Pinang merekodkan kadar 1.45, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.43 dan Kelantan 1.41. Terengganu merekodkan 1.39, Johor 1.38, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 1.37, Pahang 1.34, Melaka 1.30, Selangor 1.29,…

Read More