3,792 kes baharu Filipina

MANILA 12 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina setakat pukul 4 petang ini merekodkan sedikit peningkatan kes dengan merekodkan 3,792 kes baharu berbanding 3,788 yang dilaporkan semalam.

Menurut DoH, dalam tempoh yang sama, jumlah kematian harian meningkat sedikit dari 72 semalam kepada 76 kes hari ini.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,634,368 dengan jumlah kematian 54,930 orang.

Menurut DoH, terdapat 10,662 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,495,209 orang pulih daripada jangkitan itu.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan setakat ini, sebanyak 2.3 peratus atau 84,229 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment