Masuk Perancis perlu bukti vaksinasi

PERANCIS menarik balik keperluan ujian coronavirus untuk pengembara yang sudah divaksin dengan menunjukkan bukti vaksinasi seperti yang dilaksanakan sebelum penularan varian Omicron.

Menurut laporan berita, satu kenyataan kerajaan menyebut, bagi pengembara yang tidak divaksin, keperluan mengemukakan ujian negatif untuk perjalanan ke Perancis masih kekal.

Bagaimanapun langkah-langkah semasa ketibaan, termasuk ujian dan kuarantin, ditamatkan untuk penumpang dari negara dalam senarai “hijau”, iaitu negara dengan penularan sederhana virus.

Sementara bagi pengembara tidak divaksin yang datang dari negara dalam senarai “oren”, mereka perlu mengemukakan alasan yang kukuh keperluan untuk datang ke Perancis dan masih tertakluk kepada ujian rawak semasa ketibaan.

Kerajaan pada awal Jumaat mengumumkan mereka yang mempunyai bukti vaksinasi yang sah tidak lagi perlu memakai pelitup muka di ruangan tertutup, kecuali di dalam kereta api dan pesawat mulai 28 Februari.

Related posts

Leave a Comment