Kadar kebolehjangkitan kekal 1.51

PUTRAJAYA 12 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian semalam bagi seluruh negara kekal pada angka  1.51 sama seperti semalam.

Wilayah Persekutuan Labuan sekali lagi merekodkan kadar tertinggi mengatasi kadar kebangsaan dengan 2.31 berbanding 2.17 semalam diikuti Sarawak dengan 1.82, Sabah 1.65 dan Perlis menyamai kadar 1.51.

Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 1.51 didahului Pulau Pinang merekodkan kadar 1.45, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.43 dan Kelantan 1.41.

Terengganu merekodkan 1.39, Johor 1.38, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 1.37, Pahang 1.34, Melaka 1.30, Selangor 1.29, Perak 1.26, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.24.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment