Peningkatan kes harian di Thailand

BANGKOK 12 Feb. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila 16,330 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 15,242 semalam dan 14,822 pada 10 Februari lalu.

Sebanyak 25 kematian dilaporkan, 13 lelaki 12 wanita yang juga memperlihatkan peningkatan kes berbanding 23 yang meninggal dunia semalam. Semua yang meninggal adalah warga tempatan, berumur 40 hingga 100 tahun.

Menurut rekod, jumlah kes harian hari ini adalah tertinggi sejak 29 Ogos 2021 dan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,577,445 dan 22,412 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 16,049 melibatkan penduduk awam, 131 dalam kalangan penghuni penjara, dan 150 kes import.

Bangkok merekodkan empat kematian, Nakhon Pathom (2), Pathum Thani (1) dan Samut Prakan (1), Ratchaburi (3), Suphan Buri (2) dan Prachin Buri (1).

Di utara, enam kematian dilaporkan iaitu Chiang Rai (2) dan setiap satu di Chiang Mai, Phetchabun dan  Lamphun.

Tiga kematian lagi di Timur Laut di mana dua di Roi Et dan satu Maha Sarakham manakala di selatan, tiga kes direkodkan di Chumphon, Nakhon Si Thammarat dan Narathiwat.

Sementara itu, Bangkok terus merekodkan kes tertinggi iaitu 3,233, diikuti Samut Prakan 949, Nonthaburi 841, Chon Buri 813, Phuket 478, Nakhon Pathom 383, Nakhon Si Thammarat 367,  Pathum Thani 364, Samut Sakhon 350 dan Nakhon Ratchasima 336.

Kes import pula melibatkan Rusia 43, Kazakhstan 14, Ukraine 9, dan tujuh kes masing-masing Denmark, Perancis dan Jerman serta enam masing-masing dari Sweden dan Romania.

Pada Jumaat, sebanyak 118,493 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 610 kritikal, dan 128 bergantung kepada ventilator.

Sejak bermulanya pandemik awal tahun 2020, terdapat 2,577,445 kes termasuk 354,010 kes tahun ini dengan jumlah kes sembuh 2,436,540.

Related posts

Leave a Comment