AS tangguh suntik usia bawah 4 tahun

AMERIKA Syarikat menangguhkan keputusan pemberian vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 4 tahun sekurang-kurangnya untuk tempoh dua bulan.

Penangguhan itu berikutan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) masih memerlukan lebih banyak data sebelum bergerak ke hadapan.

Menurut FDA, ibu bapa kepada kira-kira 18 juta kanak-kanak dalam kumpulan umur itu harus diyakinkan bahawa agensi itu melakukan yang terbaik untuk memastikan standard yang telah ditetapkan untuk kebenaran.

Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA, Dr Peter Marks berkata, jika sesuatu tidak memenuhi piawaian itu, pihaknya tidak boleh meneruskan keputusan tersebut.

Pfizer-BioNTech telah menyerahkan data mengenai dua dos pertama yang dirancang sebagai rejimen tiga dos untuk kumpulan umur itu awal bulan ini atas permintaan FDA.

Kedua-dua syarikat pembuat vaksin itu tidak mendedahkan data keberkesanan.

Kelewatan itu mungkin mengecewakan ibu bapa kanak-kanak yang lebih muda yang terpaksa berhadapan dengan kuarantin dan penutupan prasekolah dan pusat jagaan harian.

Related posts

Leave a Comment