Trend penurunan kes di Arab Saudi

RIYADH 12 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 1,726 kes hari ini berbanding 2,523 semalam dan 2,866 pada 10 Februari lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, dua lagi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 berbanding empat kematian semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 726,251 dengan jumlah kematian 8,971 orang.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 2,983 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 688,519 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,020 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Setakat ini, sebanyak 59,344,267 dos vaksin telah didaftarkan di Arab Saudi .

Related posts

Leave a Comment