Kes harian Covid-19 naik 1,639

PUTRAJAYA 19 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 1,639 kes semalam berbanding 1,572 yang dicatat pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,818,890.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak empat kes kematian dicatat semalam, dan satu daripadanya berlaku di luar fasiliti kesihatan, (BID) dengan jumlah keseluruhan 36,312 telah meninggal dunia.

Daripada jumlah kematian itu, 28,594/meninggal dunia di hospital manakala 7,718 adalah kematian BID.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 dalam negara kini 25,611 dan 95.3 peratus atau 24,404 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, empat kes di PKRC, 1,143 kes dirawat di hospital dengan 39 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,056 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,756,967 orang sembuh.

Related posts

Leave a Comment