Malaysia catat kes ke 3 juta

PUTRAJAYA 12 Feb. – Pertambahan kes baharu hari ini, 22,802 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan negara mencecah tiga juta atau lebih tepat 3,019,163 kes.

Angka itu menunjukkan peningkatan harian lebih 2,000 kes berbanding 20,939 yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah yang direkodkan itu, sebanyak 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua.

Mengikut pecahan, sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus) adalah dalam kategori satu dengan 17,668 kes (77.49 peratus) dalam kategori dua selain 82 kes dalam kategori tiga, kategori empat (14 kes) dan kategori lima (lapan kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, kes yang dikesan itu membabitkan 22,708 penularan tempatan dan 94 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes aktif di negara ini, terdapat 176 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 82 kes disahkan Covid-19 serta 94 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan.

Bagi kes dalam ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan, setakat ini terdapat 98 kes membabitkan 40 kes sah dijangkiti Covid-19 serta 58 kes disyaki, berkemungkinan dan dalam siasatan..

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pihaknya berjaya mengesan 11 kluster baharu, menjadikan terdapat 415 kluster yang masih aktif, setakat ini.

Mengenai kes sembuh, beliau berkata, setakat jam 12 tengah hari ini, sebanyak 5,442 kes dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kes pulih akumulatif sebanyak 2,846,713 kes.

Related posts

Leave a Comment