Singapura catat 10,314 kes

SINGAPURA 9 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,314 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 10,175‬ jangkitan tempatan dan 139 kes import serta empat kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 428,954 orang dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 881. Jumlah kes baru Protokol 2 adalah 7,686‬, terdiri daripada 25 kes import dan 7,661 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,628 kes disahkan menerusi ujian PCR di…

Read More

Arab Saudi catat 3,162 kes

RIYADH 9 Feb. – Arab Saudi merekodkan 3,162 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian tiga orang. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 719,136 dengan jumlah kematian pula 8,962 orang. Riyadh merekodkan 985 kes diikuti Jeddah 211, Dammam 201, Hofuf 120 dan Madinah 101 sementara bandar lain kurang 100 kes. Sebanyak 4,088 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 678,332 orang. Menurut Kementerian, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 1,054 dalam keadaan kritikal. Mengenai vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 58.9 juta dos…

Read More

Lonjakan kes turut dirasai Thailand

BANGKOK 9 Feb. – Thailand turut menyaksikan lonjakan kes baharu Covid-19 apabila jumlah kes harian yang direkodkan negara itu meningkat kepada 13,182 berbanding semalam sebanyak 10,398 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 24 kematian melibatkan individu berusia antara 32 dan 95 tahun direkodkan berbanding 17 orang semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,531,051 dengan jumlah keseluruhan kematian pula 22,344 orang. Bangkok merekodkan enam kematian di samping dua kes di Ayutthaya, masing-masing satu di Chon Buri, Nakhon Nayok dan Suphan Buri; enam kes di timur laut – Khon Kaen (1),…

Read More

Brunei tambah 441 kes baharu

BERAKAS 9 Feb. – Sebanyak 441 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan hari ini, menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 252 termasuk satu kes import yang direkodkan semalam. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di  Brunei Darussalam meningkat kepada 18,845. Menurut beliau, sebanyak 61 kes pesakit sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 16,290. Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala kes aktif pula meningkat kepada 2,453 kes berbanding 2,073 semalam. Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan…

Read More

Filipina lapor 3,651 kes baharu

MANILA 9 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,651 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,623,176. Setakat pukul 4 petang ini juga, terdapat 69 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meninggal dunia sebanyak 54,690 orang. Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 12,834 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 3,472,160 orang, Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.7 peratus atau 96,326 kes adalah kes aktif. DoH juga memaklumkan, daripada 3,651 kes yang dilaporkan hari ini, 3,474 (95%) berlaku dalam…

Read More

Lonjakan kes harian Malaysia

PUTRAJAYA 9 Feb. – Kes positif Covid-19 di negara ini terus melonjak ke angka 17,134 kes setakat tengah hari tadi mengatasi jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 13,944 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menyumbang kepada sejumlah 2,956,332 kes positif wabak berkenaan sejak Januari 2020. Daripada 17,134 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 86 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan sebanyak 17,048 kes lagi atau 99.5 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2. Kategori 2 terus merekodkan jumlah kes yang tinggi…

Read More

Lebih 400 juta dijangkiti

NEW YORK: Data daripada Johns Hopkins University menunjukkan kes Covid-19 global melepasi angka 400 juta setakat Selasa. Sebanyak 400,244,031 kes direkodkan di seluruh dunia dengan mencatatkan 5,761,208 kematian. Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia. Ini diikuti India dengan mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057. Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes…

Read More

Pertambahan kes berterusan di Sabah

KOTA KINABALU 9 Feb. – Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif Covid-19  hari ini dengan merekodkan 3,333 kes, kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 Masidi Manjun. Beliau berkata, tiga kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan Kluster Institusi Pendidikan iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan dan Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau. Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 591 kes diikuti Sandakan 510 kes; Penampang 324 kes; Tuaran 226 kes; Papar 224 kes; Ranau 196 kes serta Tawau 191 kes. Daripada jumlah keseluruhan 1,075 atau 52 peratus…

Read More

Karpet hijau ganti merah

BAGI yang pernah sampai di Masjid Nabawi sebelum ini, hamparan permaidani merah merupakan satu pemandangan biasa. Namun baru-baru ini, karpet merah itu digantikan dengan karpet hijau Menurut laporan Haramain Sharifain baru-baru ini, karpet tersebut dinaik taraf dengan menggunakan teknologi tinggi serta mempunyai cip elektronik yang mengandungi data atau maklumat berkaitan termasuk tempoh pembuatan, lokasi serta ‘pergerakan’ karpet. Difahamkan warnanya juga tidak akan luntur walaupun dibasuh berkali-kali menggunakan detergen yang kuat.   foto Haramain

Read More

Johor mengundi 12 Mac

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor manakala penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata tarikh mengundi awal pula ditetapkan pada 8 Mac. Menurut data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti. Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun…

Read More