Arab Saudi catat 3,162 kes

RIYADH 9 Feb. – Arab Saudi merekodkan 3,162 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian tiga orang.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 719,136 dengan jumlah kematian pula 8,962 orang.

Riyadh merekodkan 985 kes diikuti Jeddah 211, Dammam 201, Hofuf 120 dan Madinah 101 sementara bandar lain kurang 100 kes.

Sebanyak 4,088 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 678,332 orang.

Menurut Kementerian, dalam kalangan kes aktif, sebanyak 1,054 dalam keadaan kritikal.

Mengenai vaksinasi pula, setakat ini sebanyak 58.9 juta dos telah didaftarkan.

Related posts

Leave a Comment