Pertambahan kes berterusan di Sabah

KOTA KINABALU 9 Feb. – Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif Covid-19  hari ini dengan merekodkan 3,333 kes, kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 Masidi Manjun.

Beliau berkata, tiga kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan Kluster Institusi Pendidikan iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan dan Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau.

Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 591 kes diikuti Sandakan 510 kes; Penampang 324 kes; Tuaran 226 kes; Papar 224 kes; Ranau 196 kes serta Tawau 191 kes.

Daripada jumlah keseluruhan 1,075 atau 52 peratus adalah kes bergejala.

Sebanyak 3,318 kes atau 99.55 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Related posts

Leave a Comment