Brunei tambah 441 kes baharu

BERAKAS 9 Feb. – Sebanyak 441 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan hari ini, menunjukkan peningkatan kes harian berbanding 252 termasuk satu kes import yang direkodkan semalam.

Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di  Brunei Darussalam meningkat kepada 18,845.

Menurut beliau, sebanyak 61 kes pesakit sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 16,290.

Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala kes aktif pula meningkat kepada 2,453 kes berbanding 2,073 semalam.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 30.6 peratus berbanding 29.9 peratus semalam.

Terdapat empat kes dalam kategori 4 dan tiada kes bagi kategori 5.

Sementara itu, bagi kadar vaksinasi pula, setakat 8 Februari, sebanyak 94.9 peratus telah menerima dos pertama, 94.1 peratus melengkapkan dua dos dan 43.6 peratus mendapat tiga dos.

Related posts

Leave a Comment