Filipina lapor 3,651 kes baharu

MANILA 9 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,651 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,623,176.

Setakat pukul 4 petang ini juga, terdapat 69 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meninggal dunia sebanyak 54,690 orang.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 12,834 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 3,472,160 orang,

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.7 peratus atau 96,326 kes adalah kes aktif.

DoH juga memaklumkan, daripada 3,651 kes yang dilaporkan hari ini, 3,474 (95%) berlaku dalam tempoh 14 hari (27 Januari – 9 Februari 2022).

Related posts

Leave a Comment