Singapura catat 10,314 kes

SINGAPURA 9 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 10,314 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang meliputi 10,175‬ jangkitan tempatan dan 139 kes import serta empat kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 428,954 orang dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 881.

Jumlah kes baru Protokol 2 adalah 7,686‬, terdiri daripada 25 kes import dan 7,661 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,628 kes disahkan menerusi ujian PCR di mana 2,514 adalah jangkitan tempatan manakala 114 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.00, naik daripada 1.69 pada Selasa, 8 Februari. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu, seramai 1,205 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat sedikit berbanding 1,194 semalam.

Sebanyak 111 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, 30 lagi dipantau rapi di ICU, manakala 8,052 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat semalam, sebanyak 93 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Mengikut pecahan, sebanyak 89 peratus lengkap divaksin dua dos, 92 peratus menerima satu dos dan 61 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment