Lebih 400 juta dijangkiti

NEW YORK: Data daripada Johns Hopkins University menunjukkan kes Covid-19 global melepasi angka 400 juta setakat Selasa.

Sebanyak 400,244,031 kes direkodkan di seluruh dunia dengan mencatatkan 5,761,208 kematian.

Amerika Syarikat melaporkan 77,025,027 kes dan 908,262 kematian, kedua-duanya merupakan jumlah tertinggi dunia, menyumbang lebih 19 peratus daripada kes global dan lebih 15 peratus daripada kematian dunia.

Ini diikuti India dengan mencatatkan jumlah kes kedua terbesar di dunia sebanyak 42,339,611, diikuti Brazil dengan 26,776,692 kes serta jumlah kematian kedua terbesar di dunia sebanyak 634,057.

Negara lain yang mencatat lebih 12 juta kes termasuk Perancis, Britain, Rusia dan Turki, manakala negara dengan lebih 200,000 kematian termasuk India, Rusia, Mexico dan Peru.

Untuk rekod, angka kes global mencapai 100 juta pada 26 Januari 2021, meningkat kepada 200 juta pada 4 Ogos dan melebihi 300 juta pada 6 Januari 2022.

Related posts

Leave a Comment