Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 3 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi turun kepada 3,852 berbanding 4,092 yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian yang dikaitkan dengan pandemik itu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 699,069 orang dan 8,947 kematian. Riyadh merekodkan 1,306 kes diikuti Jeddah 267, Dammam 215 dan 156 kes di Hofuf. Dalam tempoh yang sama sebanyak 4,638 orang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 653,972 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, seramai 1,010 orang…

Read More

Lonjakan kes di Indonesia

JAKARTA 3 Feb. – Lonjakan kes Covid-19 dilaporkan di Indonesia hari ini apabila 27,197 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding 17,895 kes yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,414,483 orang sejak kes pertama dilaporkan pada 2 Mac 2020. Pertambahan kes berlaku di 34 wilayah termasuk Jakarta merekodkan 10,177 kes diikuti Jawa Barat 7,308, Banten 4,312, Bali 1,501, Jawa Timur 1,394, Jawa Tengah 610, DI Yogyakarta 219, Sumatera Utara 198, Papua 181 dan Kalimantan Selatan 150. Sebanyak 38 lagi individu dilaporkan meninggal dunia menjadikan…

Read More

8,702 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Feb. – Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,702 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,585,461. Pada masa yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 54,168 orang apabila 71 orang lagi dilaporkan meninggal dunia. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi jumlah kes harian hari ini apabila 15,290 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 3,377,958 atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes. Sebanyak 4.3 peratus daripada keseluruhan kes atau 153,335 adalah aktif. Sementara itu program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga…

Read More

Kes Malaysia masih lepasi 5,000

PUTRAJAYA 3 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan 5,720 kes positif baharu Covid-19, setakat tengah hari ini. Jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 5,736 semalam, angka tertinggi untuk tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,887,780. Daripada kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 5,590 kes positif baharu adalah penularan tempatan membabitkan seramai 5,405 warganegara atau 96.7 peratus dan 185 individu lagi bukan warganegara atau 3.3 peratus. Sebanyak 130 kes import dilaporkan iaitu 69 warganegara dan 61…

Read More

Kes harian tertinggi tahun ini

BANGKOK 3 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 9,172 kes, berbanding 8,586 semalam dan angka hari ini merupakan yang tertinggi untuk tahun ini. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sebanyak 21 kematian harian direkodkan, kurang satu kes berbanding 22 yang dilaporkan semalam dan umur mereka yang meninggal dunia antara 38 hingga 92 tahun. Salah seorang yang meninggal dunia, wanita mengandung 28 minggu yang belum divaksin, 11 kematian juga tidak divaksin, yang lain hanya satu dos dan lima lagi mendapat dos kedua empat bulan lalu. Terdapat…

Read More

Kes akan naik, jangan panik

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan kadar kes harian Covid-19 akan meningkat mendadak dalam tempoh singkat, berikutan varian Omicron, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. “Kes akan meningkat, malah berkemungkinan secara mendadak dalam tempoh singkat kerana kita sudah ada Omicron di Malaysia yang mempunyai kebolehjangkitan tinggi,” katanya. Bercakap pada sidang media di Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini hari ini, Khairy berkata keadaan sama turut dialami di pelbagai negara, berpunca daripada kebolehjangkitan tinggi Omicron. Katanya, kementerian akan terus memantau perkembangan semasa dan data terpenting seperti kemasukan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.14

PUTRAJAYA 3 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 1.14 berbanding kadar pada hari sebelumnya iaitu 1.15. Perlis terus kekal mengatasi negeri lain dengan kadar 1.24 berbanding 1.29 yang direkodkan semalam diikuti Johor 1.20 dan Pulau Pinang 1.19, Kedah 1.17 dan Sabah 1.16. Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka pula sama dengan kadar kebangsaan iaitu 1.14. Selangor merekodkan 1.13, Negeri Sembilan 1.11, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Kelantan 1.08, Perak 1.07, Pahang 1.06, Terengganu 1.02 dan Sarawak 1.02. Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan satu…

Read More

KJ daftar anak dapat vaksin

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah mendaftarkan anaknya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi tempahan di aplikasi MySejahtera. “Semalam saya sendiri sudah pilih tempahan untuk anak saya,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah hari ini. Penjelasan itu sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin Covid-19. Beliau berkata proses pendaftaran PICKids melalui aplikasi MySejahtera disambut baik apabila ibu bapa mula mendaftar. “Kali ini kita nak mudahkan ibu bapa…

Read More

Kanak-kanak sumbang 9.9 % kes Covid-19

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Jangkitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun membimbangkan apabila sebanyak 26 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 minggu lalu. Berdasarkan perangkaan semasa, seramai 3,557 kanak-kanak dalam kelompok usia itu turut dijangkiti wabak berkenaan bagi tempoh minggu ini, sekali gus menyumbang kepada 9.9 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata berikutan situasi itu, kerajaan melaksanakan rangkaian langkah perlindungan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini. Langkah itu termasuk memberikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia…

Read More

78.7 peratus lengkap dua dos

PUTRAJAYA 2 Feb. – Sebanyak 78.7 peratus atau 25,714,709 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 79.8 peratus atau 26,070,519 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sehingga semalam, sebanyak 97.9 peratus atau 22,925,835 daripada populasi dewasa telah melengkapkan dua dos manakala 99.1 peratus atau 23,202,575 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sebanyak 88.6 peratus atau 2,788,874 daripada remaja melengkapkan dos kedua  mereka manakala 91.1 peratus atau 2,867,944 lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Sementara itu jumlah penerima dos penggalak kini mencecah 12,055,099 orang…

Read More