Kanak-kanak sumbang 9.9 % kes Covid-19

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Jangkitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun membimbangkan apabila sebanyak 26 kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 minggu lalu.

Berdasarkan perangkaan semasa, seramai 3,557 kanak-kanak dalam kelompok usia itu turut dijangkiti wabak berkenaan bagi tempoh minggu ini, sekali gus menyumbang kepada 9.9 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata berikutan situasi itu, kerajaan melaksanakan rangkaian langkah perlindungan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini.

Langkah itu termasuk memberikan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) yang dimulakan secara serentak di seluruh negara mulai hari ini.

“Ini antara usaha dan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak mereka dilindungi daripada jangkitan teruk Covid-19 serta komplikasinya,” katanya pada ucaptama pelancaran PICKids, di Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini, hari ini.

Related posts

Leave a Comment