8,702 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Feb. – Sehingga pukul 4 petang ini, Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,702 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,585,461.

Pada masa yang sama, jumlah kematian meningkat kepada 54,168 orang apabila 71 orang lagi dilaporkan meninggal dunia.

Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi jumlah kes harian hari ini apabila

15,290 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pesakit pulih sebanyak 3,377,958 atau 94.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 4.3 peratus daripada keseluruhan kes atau 153,335 adalah aktif.

Sementara itu program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun ditangguhkan untuk beberapa hari berikutan masalah logistik.

Menurut DoH, vaksin Pfizer untuk tujuan vaksinasi kanak-kanak hanya akan tiba pada petang esok, Jumaat.

Bagi memastikan semua persiapan berjalan dengan baik, pemberian vaksin untuk kanak-kanak itu hanya akan bermula pada 7 Februari ini.

Related posts

Leave a Comment