Kes harian di Arab Saudi turun

RIYADH 3 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi turun kepada 3,852 berbanding 4,092 yang dilaporkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian yang dikaitkan dengan pandemik itu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 699,069 orang dan 8,947 kematian.

Riyadh merekodkan 1,306 kes diikuti Jeddah 267, Dammam 215 dan 156 kes di Hofuf.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 4,638 orang dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kes pulih meningkat kepada 653,972 orang.

Dalam kalangan kes aktif pula, seramai 1,010 orang dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, mulai Rabu ini, semua penduduk negara itu yang ingin ke luar negara perlu mengambil dos penggalak.

Langkah itu adalah sebahagian usaha kerajaan membendung penularan Covid-19 serta menjaga kesihatan awam.

Related posts

Leave a Comment