Kadar kebolehjangkitan 1.14

PUTRAJAYA 3 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 1.14 berbanding kadar pada hari sebelumnya iaitu 1.15.

Perlis terus kekal mengatasi negeri lain dengan kadar 1.24 berbanding 1.29 yang direkodkan semalam diikuti Johor 1.20 dan Pulau Pinang 1.19, Kedah 1.17 dan Sabah 1.16.

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka pula sama dengan kadar kebangsaan iaitu 1.14.

Selangor merekodkan 1.13, Negeri Sembilan 1.11, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.09, Kelantan 1.08, Perak 1.07, Pahang 1.06, Terengganu 1.02 dan Sarawak 1.02.

Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan satu kes,

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment