RIYADH 13 Jan. – Masih melebihi 5,000 kes Covid-19, Arab Saudi hari ini mencatatkan 5,499 kes baharu sekali gus mengatasi rekod harian tertinggi yang dicatatkan semalam sebanyak 5,362. Hari ini hari kedua Arab Saudi melepasi angka 5,000 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 599,044 kes. Daripada kes harian itu, Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,565 kes diikuti Jeddah 877, Makkah 474, Madinah 239, Dammam 198, Taif 137, Qatif 110, Al-Khobar 103, Hofuf 102, dan Khulais 100. Beberapa bandar lain merekodkan kurang daripada 100 kes. Jumlah kematian bagaimanapun masih bertahan…
Read MoreMonth: January 2022
Pil Paxlovid rawat pesakit Korea Selatan
KOREA SELATAN 13 Jan. – Korea Selatan akan merawat pesakit-pesakit koronavirus dengan pil antivirus Pfizer esok. Sekurang-kurangnya 21,000 pil Paxlovid tiba hari ini untuk diedarkan kepada kira-kira 280 farmasi dan 90 pusat rawatan kejiranan. Menurut Agensi Korea bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA), ubat-ubatan juga harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal jumlah pesakit yang akan mendapat simptom-simptom yang kritikal walaupun variannya kurang serius. Ubat-ubatan itu akan digunakan untuk merawat lebih 1,000 orang sehari, dan para pesakit berisiko tinggi yang menghidap penyakit teruk, mereka yang berusia 65 tahun dan ke…
Read MoreJumlah kes baharu di Filipina 34,021
MANILA 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus mencatatkan peningkatan apabila 34,021 kes baharu direkodkan berbanding 32,246 yang dilaporkan semalam. Jumlah kematian harian bagaimanapun berkurangan dengan 82 kematian berbanding 144 yang direkodkan semalam. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 3,092,409 dengan jumlah kematian pula 52,736 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 4,694 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih 2,802,286 orang. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 7.7…
Read MoreIndia catat 247,417 kes baharu
NEW DELHI 13 Jan. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India meningkat kepada 36,317,927 pada Khamis, dengan pertambahan 247,417 kes baharu hanya dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data terkini Kementerian Kesihatan negara itu Lebih 200,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh sehari sejak lebih lapan bulan lalu manakala 380 kematian dicatat sejak pagi Rabu menjadikan jumlah korban terkini mencecah 485,035. Terdapat 1,117,531 kes aktif Covid-19 di negara ini, dengan peningkatan sebanyak 162,212 kes aktif sejak 24 jam lepas. India merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 16 hari berturut-turut dengan jumlah kes…
Read MorePeningkatan kes di Malaysia
PUTRAJAYA 13 Jan. – Sebanyak 3,684 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat tengah hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 3,198 semalam dan 3,175 pada hari sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam perkongsian di media sosial berkata, kes hari ini menyumbang kepada sejumlah 2,798,917 kes positif setakat ini. Katanya, sebanyak 3,363 daripadanya adalah penularan tempatan membabitkan 3,274 atau 97.4 peratus warganegara dan 89 atau 2.6 peratus bukan warganegara, manakala 321 kes import daripada 233 rakyat Malaysia dan 88 warga asing. Daripada 3,684 kes harian dilaporkan hari ini;…
Read MoreOmicron: Jangan kibar bendera putih
GENEVA: Jangan menyerah kalah atau mengibar bendera putih kepada varian Omicron kerana ia bukannya penamat pandemik, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Katanya, walaupun Omicron menyebabkan penyakit yang kurang teruk berbanding Delta, ia kekal sebagai virus berbahaya terutama bagi mereka yang tidak divaksin. “Kita tidak boleh membenarkan virus ini terus merebak atau kita mengibarkan bendera putih terutama apabila begitu ramai orang di seluruh dunia masih belum divaksinasi. “Majoriti besar orang yang dimasukkan ke hospital tidak menerima vaksin,” katanya pada taklimat media. Menurut WHO, lonjakan kes jangkitan…
Read MoreSedia hadapi ancaman serentak
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak Covid-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti. Ketua Teknikal Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Maria van Kerkhove berkata, keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga. Beliau memberi amaran itu pada satu taklimat media semalam (12 Januari) berhubung situasi semasa Covid-19. Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pula menegaskan peningkatan kes didorong oleh varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara. Lebih…
Read MoreTurki catat kes harian tertinggi
ISTANBUL: Turki melaporkan 77,722 kes baharu Covid-19 sepanjang tempoh 24 jam lalu, jumlah tertinggi dalam sehari sejak pandemik itu mula melanda negara tersebut. Sebanyak 145 kematian berhubung kait dengan koronavirus itu dilaporkan dalam tempoh yang sama. Untuk rekod, pada awal April 2021, Turki pernah merekodkan 40,806 kes harian, angka tertinggi sejak pandemik. Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca bagaimanapun berkata, varian Omicron akan mengurangkan kemudaratan pandemik disebabkan oleh kadar kemasukan ke hospital yang lebih rendah. Kadar kemasukan ke hospital meningkat 10 peratus pada bulan lalu meskipun jumlah kes harian melonjak tiga kali…
Read MoreKadar kebolehjangkitan 0.99
PUTRAJAYA 13 Jan. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam turun kepada 0.99 berbanding 1.00 pada hari sebelumnya. Enam negeri menyamai atau melebihi kadar itu didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur serta Sabah yang masing-masing merekodkan 1.08. Ini diikuti Negeri Sembilan dan Melaka yang merekodkan 1.02 dan Selangor 99. Johor dan Kedah masing-masing merekodkan 0.98, Pulau Pinang 0.97, Pahang 0.95, Perak 0.94, Kelantan 0.92, Sarawak dan Perlis masing-masing mencatatkan 0.91. Terengganu merekodkan 0.83 manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan sembilan kes.
Read MorePengedar air zamzam
Sebanyak 20,000 botol air zamzam diedarkan sehari kepada jemaah di Masjidilharam foto Haramain Sharifain
Read More