Jerman harus wajibkan vaksinasi

JERMAN harus mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 ke atas semua populasi dewasa susulan peningkatan kes baharu disebabkan varian Omicron. Canselor Olaf Scholz memberitahu Parlimen, pada Rabu, Jerman mencatatkan 80,430 jangkitan baharu dan mungkin akan terus meningkat. Katanya, seseorang itu apabila memutuskan untuk tidak mendapatkan vaksin, itu bukan hanya keputusan untuk diri  sendiri tetapi akhirnya, untuk 80 juta orang lain. Scholz turut memuji langkah kerajaan baharunya untuk mengetatkan sekatan terhadap orang awam dan meningkatkan pengambilan suntikan dos penggalak bagi mencegah jangkitan lebih teruk.

Read More

97.8 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 13 Jan. – Sebanyak 22,893,234 atau 97.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 23,175,181 atau 99.0 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data COVIDNOW, sebanyak 25,663,646 atau 78.6 peratus populasi keseluruhan lengkap divaksinasi manakala 79.7 peratus atau 26,034,173 mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. Bagi populasi remaja pula, sebanyak 88.0 peratus atau 2,770,412 melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,858,992 atau 90.8 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Dalam tempoh yang sama, sehingga malam tadi, sebanyak 26.1 peratus atau 8,539,533 telah mendapat dos penggalak termasuk 250,198 dos yang diberikan…

Read More

Thailand cadang vaksin 5.2 juta murid

BANGKOK 13 Jan. – Thailand bercadang memberi vaksin Covid-19 kepada 5.2 juta murid berumur lima hingga 11 tahun menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech yang dijangka tiba akhir bulan ini atau awal bulan depan. Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjelaskan kepada ibu bapa dan membenarkan anak-anak mereka disuntik. Dalam satu kenyataan, beliau berkata Kementerian Pendidikan dijangka membuka pendaftaran vaksin dalam talian untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menjelang akhir bulan ini. Sementara itu, Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan…

Read More

15 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 15 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 31,738 orang, daripada 2.78 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, enam daripada 15 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID) yang turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Sementara itu, terdapat 39,896 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada  jumlah itu, 32,550 individu atau 81.6 peratus daripadanya sedang menjalani…

Read More

7,681 kes baharu di Thailand

BANGKOK 12 Jan. – Sebanyak 7,681 kes baharu Covid-19 direkodkan Thailand dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian pula 19 orang . Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 7,133 kes dan 12 kematian yang direkodkan semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes di Thailand kini meningkat kepada 2,292,290 dengan 21,869 kematian. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 277 adalah kes import, sementara 7,404 adalah kes tempatan termasuk 12 dalam kalangan penghuni penjara. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 892, diikuti Chon Buri 873, Samut Prakan 523 dan Phuket 488. Bagi kes…

Read More

Filipina catat peningkatan kes

MANILA 12 Jan. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 32,246 kes baharu Covid-19 hari ini, jumlah yang meningkat berbanding 28,007 yang dilaporkan semalam. Dengan pertambahan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina setakat pukul 4 petang ini adalah 3,058,634. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina, sebanyak 144 lagi individu dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 52,654 orang. Sementara itu, jumlah kes sembuh meningkat kepada 2,797,816 orang apabila 5,063 lagi pesakit dilaporkan pulih daripada jangkitan Covid-19. DoH juga merekodkan daripada jumlah keseluruhan kes,…

Read More

Kes harian Malaysia naik sedikit

PUTRAJAYA 12 Jan. – Kementerian Kesihatan hari ini merekodkan sebanyak 3,198 kes positif baharu COVID-19, berbanding 3,175 semalam yang menyumbang kepada jumlah kumulatif 2,795,233 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu itu, sebanyak 2,895 kes adalah penularan tempatan iaitu 2,753 kes atau 95.1 peratus adalah warganegara dan 142 atau 4.9 peratus, bukan warganegara. Sebanyak 303 kes import juga direkodkan yang membabit 224 warganegara dan 79 warga asing. Daripada 3,198 kes harian yang dilaporkan hari ini, 39 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5;…

Read More

Arab Saudi catat kes harian tertinggi

RIYADH 12 Jan. – Arab Saudi hari ini merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi sejak pandemik dikesan di negara itu dengan merekodkan 5,362 kes berbanding 4,652 yang direkodkan semalam. Rekod sebelum ini menunjukkan jumlah kes harian tertinggi adalah sebanyak 4,919 yang direkodkan pada 17 Jun 2020 dengan 39 kematian. Bagaimanapun jumlah kematian hari ini masih terkawal apabila dua orang dilaporkan meninggal dunia sama seperti semalam dan kebanyakan hari sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 593,545 kes manakala yang meninggal dunia pula…

Read More